Polis memeriksa lokasi pengebom berani mati yang meletupkan dirinya di balai polis Medan, Indonesia pada 13 November 2019. Foto AFP
AGENDAGLOBAL

Pengebom berani mati letupkan diri di balai polis Medan

JAKARTA, 13 NOV: Seorang pengebom berani mati meletupkan dirinya di sebuah balai polis di Medan, Sumatera Utara kira-kira pukul 8.40 pagi waktu tempatan pada Rabu, lapor agensi berita Xinhua.

Jurucakap polis Sumatera Utara, Tatan Dirsan Atmaja berkata, dalam temu bual dengan stesen televisyen tempatan, serangan itu mencederakan sekurang-kurangnya enam orang setakat ini.

Rakaman video kejadian kini tular di media sosial, menyaksikan orang ramai bergegas keluar dari bangunan berhampiran dengan ibu pejabat polis itu.

– BERNAMA


Pengarang :