AGENDANASIONAL

PLUS tutup lorong paling kiri Plaza Tol Seafield

SHAH ALAM, 20 NOV: PLUS Malaysia Berhad akan menutup lorong paling kiri di Plaza Tol Seafield di Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) bermula 25 November sehingga 9 Disember 2019.

Pihaknya dalam kenyataan memaklumkan langkah berkenaan diambil bagi membolehkan kerja-kerja penyelenggaraan jalan berjadual dilaksanakan di lorong lima meter bagi kenderaan berat.

Dalam tempoh berkenaan, kenderaan berat melebihi had kelebaran 2.5 meter yang datang dari Lebuh raya KESAS, dinasihatkan supaya menggunakan Plaza Tol USJ untuk memasuki Lebuh raya ELITE.

PLUS turut menasihatkan semua pemandu yang menggunakan laluan tersebut supaya merancang perjalanan, mematuhi semua papantanda serta arahan yang diberikan.


Pengarang :