Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri bergambar kenangan pada majlis makan malam gala meraikan ulang tahun ke-50 Hubungan Diplomatik antara Malaysia dan Hungary di sini. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

PM hadir makan malam gala rai hubungan diplomatik Malaysia-Hungary

KUALA LUMPUR, 20 NOV: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad malam tadi menghadiri majlis makan malam gala meraikan ulang tahun ke-50 Hubungan Diplomatik antara Malaysia dan Hungary di sini.

Beliau diiringi isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.

Majlis itu anjuran Kedutaan Hungary di Malaysia yang dihoskan Duta Besar Attila Kali dan isteri, Dr Nora Kaline Szilagyi.
Kali dalam ucapannya menyoroti hubungan hebat yang dikongsi kedua-dua negara sepanjang tempoh bersejarah itu.

“Kami percaya kerjasama antara Hungary dan Malaysia dalam beberapa tahun kebelakangan ini benar-benar menjadi perkongsian abad ke-21. Hubungan kami berjalan dengan baik,” katanya.

Turut menghadiri majlis itu delegasi perniagaan terdiri daripada 13 syarikat Hungary dari Dewan Perniagaan dan Industri Hungary yang berada di Malaysia dari 18 hingga 20 November.

Malaysia dan Hungary menjalin hubungan diplomatik pada 29 Disember 1969.

-BERNAMA


Pengarang :