EXCO SELANGOR

Proses warta 51 jeti nelayan belum bermula

SHAH ALAM, 5 NOV: Proses pewartaan 51 jeti nelayan di Selangor hanya akan dilakukan selepas Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) menerima permohonan daripada Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).

EXCO Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Ir Izham Hashim berkata semakan status terkini dengan pihak LKIM mendapati kerja pengukuran jeti sudah selesai dijalankan.

“Sehingga hari ini, LUAS masih belum menerima sebarang permohonan lengkap atau pelan ukur bagi semua jeti daripada LKIM untuk pengoperasian.

“Semakan status terkini dengan pihak LKIM mendapati kerja pengukuran jeti selesai dijalankan dan dalam peringkat mengemukakan permohonan penggunaan tanah kepada pihak pentadbir tanah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan mulut Borhan Aman Shah (PAKATAN-Tanjung Sepat) di Dewan Negeri Selangor hari ini.

Katanya, permohonan 51 buah jeti di bawah seliaan LKIM diluluskan secara dasar dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Jeti Negeri Selangor Bil.4/2015 yang diadakan pada 7 Disember 2015.

Izham berkata, LUAS sudah mengeluarkan surat pemakluman kelulusan kepada LKIM pada 26 Januari 2016 yang menyatakan LKIM perlu mendapatkan kelulusan penggunaan tanah daripada pentadbir tanah sebelum lesen jeti dikeluarkan.


Pengarang :