AGENDANASIONAL

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR, 28 NOV: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini, menjejaki yuan yang lemah selepas Presiden Donald Trump menandatangani Akta Hak Asasi Manusia dan Demokrasi Hong Kong.

Pada 9 pagi, ringgit disebut harga pada 4.1710/1760 berbanding dolar daripada 4.1700/1740 pada penutupan Rabu.

Ketua Strategi Pemasaran AxiTrader Asia, Stephen Innes berkata, langkah Trump itu mencetuskan sentimen risiko dalam pasaran memandangkan pelabur bimbang akan wujud halangan dalam perjanjian perdagangan.

“Bagaimanapun, tumpuan hari ini adalah terhadap kemasukan ekuiti dan perdagangan utama secara umum,” katanya dalam nota hari ini.

Pada pembukaan, ringgit diniagakan lebih rendah berbanding mata wang utama lain, kecuali yen.

Ringgit susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0528/0575 daripada 3.0520/0561 pada Rabu, rendah berbanding euro kepada 4.5906/5965 daripada 4.5908/5956 semalam dan lemah berbanding pound kepada 5.3906/3975 daripada 5.3626/3694

Bagaimanapun, berbanding yen, unit tempatan mengukuh kepada 3.8133 / 8182 daripada 3.8190/8237 pada penutupan Rabu.

– BERNAMA


Pengarang :