AGENDANASIONAL

Ringgit kembali melonjak selepas catat kerugian

KUALA LUMPUR, 27 NOV: Ringgit kembali meningkat selepas mencatat kerugian kebelakangan ini, apabila dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini, menjejaki yuan China yang kukuh susulan keyakinan ke atas hasil rundingan perdagangan US-China.

Pada 9 pagi, ringgit disebut harga pada 4.1780/1830 berbanding dolar daripada 4.1810/1850 pada penutupan Selasa.

Bagaimanapun, Ketua Strategi Pasaran Asia AxiTrader, Stephen Innes, bagaimanapun berkata, pelabur akan memantau prestasi Bursa Malaysia untuk melihat sama ada bursa tempatan kembali meningkat.

“Ini disebabkan aliran keluar daripada pasaran saham terus menjejaskan sentimen ke atas ringgit minggu ini,” katanya dalam nota hari ini.

Dalam jangka masa terdekat, Dass menjangkakan nota tempatan boleh mencecah paras 4.13-4.15, sekiranya rundingan perdagangan antara AS dan China positif.

“Bagaimanapun, jika rundingan berlarutan, selain tekanan jualan ke atas ringgit pada akhir 2019 susulan tempahan bermusim akhir tahun, ringgit berkemungkinan akan didagangkan antara paras 4.17-4.19 jika dibandingkan dengan dolar AS,” katanya.

Sambil menyifatkan perjanjian perdagangan AS-China itu sebagai pencetus perubahan ke atas ringgit, Dass berkata perjanjian perdagangan boleh mengukuhkan nilai ringgit berbanding dolar AS pada 2020.

“Kami menjangkakan ringgit didagangkan antara 4.05 dan 4.10 berbanding dolar AS, pengukuhan yuan antara tahap 6.93 dan 6.95, disokong terutama oleh perjanjian perdagangan AS-China.

“Sebaliknya, ia boleh meletakkan ringgit pada sekitar 4.17-4.21 berbanding dolar AS, manakala prestasi yuan pada tahap 7.03-7.07 berbanding dolar AS,” katanya.

Pada pembukaan, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding mata wang utama lain, kecuali terhadap dolar Singapura.

Ringgit mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.8281/8337 daripada 3.8372/8412 pada Selasa, meningkat berbanding euro kepada 4.6025/6097 daripada 4.6050/6098 semalam dan naik berbanding pound kepada 5.3704/3789 daripada 5.3784/3848.

Berbanding dolar Singapura, unit tempatan bagaimanapun merosot, turun kepada 3.0608/0654 daripada 3.0596/0630 pada penutupan Selasa.

– BERNAMA


Pengarang :