Gobind Singh Deo (tengah) menyalakan pelita sempena Majlis Sambutan Deepavali MPSJ 2019 di Taman Kinrara Seksyen 1, Puchong pada 24 November 2019. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
PBTSELANGOR

Sambutan Deepavali peringkat MPSJ meriah

OLEH ALIFF HAIKAL

PUCHONG, 25 NOV: Sambutan Deepavali peringkat Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) di Taman Kinrara, Seksyen 1 di sini disambut meriah dengan kehadiran kira-kira 1,000 pengunjung.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata majlis itu bertujuan mengeratkan silaturahim antara pemimpin, pihak berkuasa tempatan dan komuniti India setempat.

“Program ini juga menjadi landasan terbaik bagi memupuk semangat perpaduan kaum dan ruang untuk bertukar pandangan sesama masyarakat serta berkongsi pengalaman budaya juga keunikan tradisi masyarakat India,” katanya pada majlis berkenaan malam tadi.

Hadir sama Ahli Majlis Zon 17, Thomas Low; Ahli Majlis Zon 20, S Mohan; Ahli Majlis Zon 11, C Kavitha dan Ahli Majlis Zon 24, S Thamilarusu.

Selain persembahan kebudayaan, masyarakat turut dihiburkan dengan persembahan nyanyian dan jamuan makan malam.

Sementara itu, S Thamilarusu berkata semangat muhibah dan keharmonian masyarakat berbilang kaum di negara dapat dipupuk melalui tradisi rumah terbuka.

Beliau juga komited untuk meneruskan program sama pada sambutan perayaan lain bagi menyemai semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat.


Pengarang :