BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

Selangor bakal bina satu lagi litar motor

SHAH ALAM, 6 NOV: Selangor bakal memiliki satu lagi kompleks litar lumba motor baharu di Gombak, sekali gus merancakkan lagi sukan pemotoran negeri.

EXCO Pembangunan Generasi Muda & Sukan dan Pembangunan Modal Insan, Mohd Khairuddin Othman berkata, pihaknya sudah mengenal pasti kawasan seluas 40 ekar di Mukim Batu untuk dibangunkan kemudahan sukan berkenaan.

“Untuk tujuan itu, Setiausaha Kerajaan Negeri sebagai badan pengawal dan Majlis Sukan Negeri (MSN) Selangor sebagai penyelenggara akan melaksanakan proses kajian, sekali gus menuju ke arah pembinaan litar lumba di Gombak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan 2020 di Dewan Negeri Selangor di sini, hari ini.

Mohd Khairuddin berkata, manakala Litar Lumba Rakyat di Kuala Selangor akan dinaik taraf dan kini di peringkat tender membabitkan kos sebanyak RM510,300.

Katanya, Kerajaan Negeri juga bersedia menilai laporan MSN terhadap cadangan pembinaan satu lagi litar lumba di Sungai Air Tawar.


Pengarang :