Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berucap pada Persidangan Dewan Negeri Selangor di Dewan Annex, SUK Selangor. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Selangor bawa nama ke Barcelona

SHAH ALAM, 12 NOV: Kerajaan Selangor bakal membawa nama ke Barcelona apabila inisiatif negeri pintarnya mendapat perhatian menerusi Kongres Bandar Pintar Sedunia (Smart City Expo World Congress), yang dijangka bermula hujung bulan ini.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, menariknya persidangan berkenaan tidak memanggil mana-mana wakil dari Malaysia sebaliknya Selangor terlebih dahulu ke hadapan dipilih duduk bersama negara-negara besar lain.

“Selangor dijangka akan duduk bersama Kerajaan Singapura yang diwakili menteri luarnya.

“Pada persidangan berkenaan, kita akan membentangkan inisiatif Negeri Pintar Selangor berhubung penemuan atau hasil terbaru serta berkongsi nilai dan inisiatifnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan perbahasan pada Sidang Dewan Negeri Selangor, di sini, hari ini.

Amirudin pada Belanjawan #Selangor2020 mengumumkan inisiatif Smart Selangor akan diteruskan dengan peruntukkan RM50 juta dan menyasarkan kemajuan projek sebanyak 46 peratus menjelang akhir tahun 2020.

Katanya, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM300 juta sepanjang enam tahun bagi mencapai gagasan Negeri Pintar Utama (Premier Smart State) pada 2025 dan setakat ini sudah mencapai sasaran 26 peratus.


Pengarang :