AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Selangor dijangka alami ribut petir hingga Khamis

SHAH ALAM, 15 NOV: Sembilan daerah di Selangor diramal mengalami hujan dan ribut petir berterusan sehingga Khamis depan (21 November).

Jabatan Metereologi Malaysia memaklumkan antara kawasan terlibat ialah Sepang, Hulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Hulu Selangor, Kuala Selangor dan Sabak Bernam.

Keadaan sedemikian dijangka berlaku pada waktu petang dan malam sementara tiada hujan pada waktu pagi.

Orang ramai juga boleh melayari www.met.gov.my untuk mendapatkan maklumat terbaru berhubung keadaan cuaca semasa.


Pengarang :