Khairul Azhari Saut (duduk, empat kanan) bersama barisan wakil sekolah serta penerima sumbangan dalam Program Kembali Ke Sekolah 2020 @Zon 21 di Sekolah Taman Bunga Raya 2, Bukit Beruntung, Hulu Selangor pada 16 Disember 2019.
AGENSISELANGOR

100 murid terima bantuan kembali sekolah

HULU SELANGOR 17 DIS: Seramai 100 murid sekolah rendah dalam kalangan keluarga kurang berkemampuan di Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung menerima bantuan beg sekolah dan set alat tulis menerusi program Kembali Ke Sekolah 2020 @Zon 21.

Program kerjasama Kelab Pesona Selangor dan Ahli Majlis Zon 21 Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) serta Penggerak Belia Tempatan Zon 21 itu membabitkan murid dari Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya (SKTBR)1 dan SKTBR 2.

Perasmian program itu disempurnakan Ahli Majlis MDHS, Khairul Azhari Saut.

Dalam ucapannya, Khairul berkata, program itu sebagai motivasi untuk pelajar terbabit untuk belajar bersungguh-sungguh dan mereka juga lebih gembira untuk ke sekolah.

“Bantuan ini juga diharap dapat meringankan beban ibu bapa dalam menyediakan kelengkapan persekolahan anak-anak mereka,” ujarnya.

Turut hadir Guru besar SKTBR2, Zaini Mat Lazin, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SKTBR1 Hadijah Ibrahim, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa (PIBG) SKTBR2 Muhamad Tarmizi Hasim.


Pengarang :