A. Rahim Kasdi (tengah) bergambar bersama peserta yang menerima baucar pada Majlis Penyerahan Baucar Sempena Hari Natal DUN Sungai Tua dan Penyerahan Back To School JKP Zon 7 di perkarangan Pangsapuri Laksamana Jaya A, Batu Caves pada 21 Disember 2019. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
ADNSELANGOR

200 penduduk Sungai Tua terima bantuan Krismas dan sekolah

BATU CAVES, 21 DIS: Seramai 200 orang dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua menerima sumbangan Krimas dan Kembali ke Sekolah (Back To School) bagi Zon 7 di sini hari ini.

Setiausaha Politik DUN Sungai Tua, A. Rahim Kasdi berkata sumbangan itu berupa beg sekolah, alat tulis, baucar RM100 dan barang keperluan harian.

“Bantuan ini salah satu contoh kita meraikan pelbagai kaum di Malaysia khususnya DUN Sungai Tua untuk dimanfaatkan oleh golongan memerlukan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Baucar Krismas dan Kembali Ke Sekolah di Pangsapuri Laksamana Jaya A, di sini.

Daripada jumlah itu, 100 orang menerima baucar Jom Shopping, 60 orang menerima bantuan Kembali Ke Sekolah dan 40 lagi menerima hamper barangan keperluan harian.


Pengarang :