SELANGOR

4,800 unit Rumah Idaman dijangka siap sebelum 2022

SHAH ALAM, 18 DIS: Sebanyak 4,800 unit Rumah Idaman telah diluluskan untuk pembinaan dan dijangka siap sepenuhnya sebelum 2022, kata Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari.

Katanya, gerak kerja sudah dimulakan. Ia membabitkan kawasan Kajang, Bangi dan Paya Jaras.

“Setiap unit Rumah Idaman mempunyai tiga dan dua bilik air, berukuran lebih kurang 1,000 kaki persegi serta dua parkir kenderaan.

“Rumah ini juga dilengkapi dengan peralatan seperti kabinet televisyen, kabinet dapur, peti sejuk, pendingin udara dan pemanas air.

“Untuk kesemua itu berapa harganya?. Ia adalah RM250,000 sahaja,” kata beliau menerusi akaun Twitternya, hari ini.

Mengulas lanjut, Amirudin berkata, Kerajaan Negeri akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan dan institusi-institusi kewangan seperti Bank Simpanan Nasional dan Bank Rakyat.

“Tujuannnya supaya membolehkan pemohon menyertai Skim Smart Sewa dan kemudahan pinjaman sehingga 40 tahun,” tulisnya lagi.


Pengarang :