Dato’ Seri Amirudin Shari (kanan) ketika menerima anugerah Ijazah Kedoktoran Kehormat Kepimpinan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada 19 Disember 2019. Foto Pejabat Dato’ Menteri Besar
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Amirudin dianugerah Ijazah Kedoktoran Kehormat Kepimpinan

PUTRAJAYA, 19 DIS: Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari dianugerahkan Ijazah Kedoktoran Kehormat Kepimpinan daripada Universiti Lim Kok Wing di sini hari ini.

Anugerah itu disampaikan Pengasas dan Presiden Universiti Lim Kok Wing, Tan Sri Dato’ Sri Paduka Dr Lim Kok Wing, sempena majlis konvokesyen institusi pengajian tinggi berkenaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

Amirudin dalam ucapannya melahirkan rasa syukur atas penganugerahan itu dan berbangga terhadap pencapaian pelajar serta universiti terbabit.

“Hari ini sangat istimewa dan penting dalam sejarah pelajar yang berjaya menamatkan pengajian. Saya berbesar hati berada di sini bersama anda yang akan menjadi ketua industri dan pemimpin masa depan,” katanya.

Turut hadir Yang Amat Mulia Tengku Arif Temenggong Pahang, Tengku Abdul Fahd Mu’adzam Shah.

Dalam majlis berkenaan, lebih 1,000 graduan dari 67 negara di universiti berkenaan menerima diploma dan ijazah dalam bidang masing-masing.


Pengarang :