Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawab pertanyaan media selepas perasmian Kongres Nasional KEADILAN Ke-14 berlangsung di Pusat Dagangan Antarabangsa (MITC), Melaka. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Anwar: Kongres medan kembali kepada perjuangan asal

AYER KEROH, 7 DIS: Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu pentas Kongres Nasional Tahunan KEADILAN kali ini menjadi medan kepada ahli-ahli kembali ke landsasan asal perjuangan.

Presiden KEADILAN itu turut yakin tiada sebarang perpecahan dalam parti malah gembira dengan suasana kongres yang berjalan lancar.

“Tiada istilah dua kem, perbezaan pendapat bagi saya tiada salahnya, tetapi mesti ada satu haluan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Kongres Tahunan Nasional KEADILAN di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), hari ini.

Katanya, KEADILAN akan sentiasa menyokong Kerajaan dalam mencari penyelesaian isu yang menjadi kegelisahan rakyat.

Anwar berkata, KEADILAN juga mengutamakan penyelesaian segera isu-isu tersebut dan berharap konsep perkongsian kekayaan dapat dilaksanakan secara berkesan.


Pengarang :