Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan ketika merasmikan Kongres Nasional KEADILAN Ke-14 berlangsung di Pusat Dagangan Antarabangsa (MITC), Melaka. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Anwar: ‘Lawan Tetap Lawan’ bukan dengan kawan sendiri

AYER KEROH, 7 DIS: Semua pimpinan KEADILAN dingatkan supaya berdisiplin dalam mematuhi peraturan parti dan bukannya terus bertelagah sesama sendiri.

Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, slogan ‘Lawan Tetap Lawan’ yang dilaungkan sejak sekian lama bukan bermaksud berlawan sesama sendiri.

Katanya, beliau mengambil sikap sederhana terhadap semua pandangan yang diberikan pimpinan dan mengakui mempunyai kelemahan serta akan terus memperbaikinya supaya parti terus bergerak ke hadapan.

“Saya sendiri akui ada kelamahan dan kekurangan serta cuba perbaikinya. Saya minta rakan-rakan serta semua pimpinan ingat bahawa disiplin mesti ada dalam parti.

Perwakilan dan pemerhati melaungkan reformasi ketika sidang perbahasan ucapan presiden dalam Kongres Nasional KEADILAN Ke-14 berlangsung di Pusat Dagangan Antarabangsa (MITC), Melaka. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI

“Hormat dan kepatuhan mesti wujud dalam parti, kita boleh ada jaringan fahaman dan aliran tetapi tidak boleh kekalkan faham puak-puak yang boleh memecahkan parti,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan dasar Kongres Tahunan Nasional KEADILAN di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), hari ini.

Katanya, KEADILAN pernah bersatu dan berdisiplin ketika dalam keadaan getir satu masa dahulu malah keadaan itu tidak seharusnya berubah walaupun kini berkuasa di peringkat persekutuan dan negeri.

Dalam ucapan sama Anwar turut melahirkan kekecewaan susulan insiden pertelingkahan ketika Kongres Tahunan AMK semalam.


Pengarang :