Exco Generasi Muda & Sukan dan Pembangunan Modal Insan, Khairuddin Othman berucap pada sidang akhbar pada Program Larian Menjunjung Kasih di dataran MBPJ, Petaling Jaya. 8 Disember 2019. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDA SUKANKINI

Atlet Selangor raih pingat Sukan SEA diberi insentif

PETALING JAYA, 8 DIS: Atlet Selangor mewakili negara yang meraih pingat dalam temasya Sukan SEA ke-30 di Filipina bakal menerima insentif dari Kerajaan Negeri.

EXCO Pembangunan Generasi Muda & Sukan dan Pembangunan Modal Insan, Mohd Khairuddin Othman bagaimanapun berkata, jumlah insentif yang akan diberi masih belum diputuskan lagi.

“Ia sejajar dengan arahan Dato’ Menteri Besar untuk kita lihat pencapaian atlet Selangor yang berjaya di Sukan Sea untuk diberikan insentif.

“Nilainya akan ditentukan nanti. Seperti tahun-tahun lalu Selangor memberi insentif bagi menghargai atlet cemerlang dan tahun ini ramai atlet Selangor yang capai prestasi disasarkan antaranya Farah Anne,” katanya.

DYTM Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah ditemani Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari dan Mohad Khairuddin bergambar bersama peserta 10km pada Program Larian Menjunjung Kasih di dataran MBPJ, Petaling Jaya pada 8 Disember 2019. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

Beliau berkata demikian kepada media pada acara Larian Menjunjung Kasih 2019 sempena sambutan hari keputeraan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor yang ke-74 di Dataran Majlis Bandaraya Petaling Jaya di sini, hari ini.

Mohd Khairuddin berkata, pemberian insentif itu bakal diadakan dalam satu program yang akan diadakan kelak setelah jumlah insentif sudah diputuskan Kerajaan Negeri.


Pengarang :