Peserta yang beraksi pada Kejohanan Badminton Piala Pengarah anjuran Pusat Sukan dan Budaya UNISEL di kampus Bestari Jaya pada 24 Disember 2019. Foto Facebook UNISEL
AGENSISELANGOR

Badminton Piala Pengarah UNISEL wujud saingan sihat

SHAH ALAM, 26 DIS: Sebanyak sembilan pasukan regu lelaki berentap pada Kejohanan Badminton Piala Pengarah anjuran Pusat Sukan dan Budaya Universiti Selangor (UNISEL) di kampus Bestari Jaya, kelmarin.

Pengarah Pusat Sukan dan Budaya UNISEL, Lim Seong Pek berkata kejohanan kali pertama itu disertai kakitangan institusi pengajian tinggi berkenaan dari kampus Shah Alam dan Bestari Jaya.

“Pertandingan ini salah satu tarikan istimewa untuk semua kakitangan UNISEL dalam mewujudkan persaingan sihat, di samping mencari juara tahunan bagi sukan badminton.

“Syabas diucapkan kepada semua peserta yang menunjukkan aksi luar biasa dan menyertai pertandingan ini walaupun sibuk dengan tugasan harian,” katanya dalam kenyataan.

Juara dirangkul gandingan Mohd Elfie Rosli dan Noridzwan Nordin, naib juara (Amirul Hakim Mohd Resadi dan Sulaiman Abdul Haq Hazman) manakala ketiga (Mohd Zaini Ya’cob dan Nan Ahmad).

 


Pengarang :