AGENSISELANGOR

Beberapa laluan Sungai Buloh, Kajang ditutup sempena Tour De Selangor

SHAH ALAM, 19 DIS: Beberapa laluan Sungai Buloh dan Kajang ditutup hari ini berikutan perlumbaan basikal Tour De Selangor peringkat ke-2 yang akan bermula.

Majlis Sukan Selangor (MSN) dalam kenyataan memaklumkan, kesemua laluan sejauh 159.4 kilometer itu ditutup tiga jam mulai jam 2 petang ini.

Katanya, penutupan jalan dilakukan mengikut zon yang dilalui Tour De Selangor iaitu zon A membabitkan Bukit Tinjau-Jalan Hulu Langat dan Jalan Ampang-Pekan Batu 14-Sungai Tekali-Bukit Hantu-Simpang Batu 14/Sungai Lalang.

Zon B membabitkan Jalan Simpang Batu 14/Sungaj Lalang-Sungai Tekala-Jalan Sungai Lalang-Kampung Pasir- Kampung Sri Tanjung.

“Zon C pula membabitkan persimpangan lampu isyarat Masjid Semenyih-Jalan Kuala Lumpur/Seremban (Jalan Semenyih)-lampu isyarat Petaling Jaya- lampu isyarat Sunway-lampu isyarat Bandar Teknologi-lampu isyarat Villa Raya-lampu isyarat Asa Jaya-lampu isyarat Taman Restu-lampu isyarat Bukit Mewah-lampu isyarat Sungai Jelok sehingga lampu isyarat Kolam Air,” kata kenyataan itu.

Kenyataan itu berkata, jalan-jalan dalam zon D yang terlibat ialah persimpangan lampu isyarat Kolam Air- lampu isyarat Jalan Bukit sebelum sampai kepada penamat di hadapan restoran Domino Pizza di pekan Kajang.

Katanya, orang ramai diminta mematuhi arahan daripada pegawai kawalan lalu lintas yang mengawal keempat-empat zon berkenaan.

Segala kemusykilan orang ramai boleh berhubung dengan Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Kajang di talian 03-8911 4242.

Tour De Selangor anjuran MSN turut mendapat kerjasama Polis Diraja Malaysia, Majlis Perbandaran Kajang, Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat.


Pengarang :