AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Bekalan air di Selangor pulih sepenuhnya

SHAH ALAM, 24 DIS: Bekalan air di semua kawasan yang terjejas ekoran pencemaran bau di sumber air mentah Sungai Semenyih pulih sepenuhnya sejak malam tadi.

Ketua Jabatan Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Abdul Halem Mat Som berkata, Air Selangor hargai kerjasama pengguna sepanjang krisis gangguan bekalan air tidak berjadual berlaku.

“Kerjasama pengguna di sepanjang krisis gangguan bekalan air tidak berjadual ini amatlah dihargai dan kami mohon maaf atas segala kesulitan,” katanya dalam kenyataan pagi ini.

Sabtu lalu Loji Rawatan Air Sungai Semenyih terpaksa dihenti tugas selepas didapati tercemar. Insiden itu menyebabkan gangguan bekalan air kepada lebih 1.5 juta pengguna di sebahagian kawasan Hulu Langat, Sepang, Putrajaya, Petaling Jaya dan Kuala Langat.


Pengarang :