AGENDANASIONAL

Bursa Malaysia dibuka rendah

KUALA LUMPUR, 9 DIS: Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini berikutan momentum pasaran mengalami tidak banyak perubahan dan masih berterusan.

Pada jam 9.10 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 3.66 mata kepada 1,564.78 daripada 1,563.58 ketika ditutup pada Jumaat.

Indeks barometer itu dibuka 2.26 mata lebih rendah kepada 1,566.18.

Peniaga berkata indikator teknikal bagi FBM KLCI menunjuk prestasi tidak banyak berubah dengan jajaran kecil berterusan.

Beliau berkata ini susulan peningkatan semula terlebih jual yang sederhana pada minggu lepas daripada paras terendah Oktober memandangkan momentum meningkat yang lemah dan penyertaan pelabur pula terhad.

“Rintangan indeks itu disemak semula kepada purata pergerakan 50 hari pada 1,581 manakala sokongan penting kekal pada paras 10 Oktober, 1,548,” katanya.

Antara saham wajaran tinggi, Maybank menambah tiga sen kepada RM8.53.

TNB turun 12 sen kepada RM13.30, Public Bank kurang lapan sen kepada RM19.08, Petronas Chemicals susut enam sen kepada RM7.04 dan CIMB menguncup lima sen kepada RM5.15.

Bagi saham aktif, Tiger Synergy dan TDM masing-masing menambah satu sen kepada 10 sen dan 28.5 sen, Astral Asia naik 2.5 sen kepada 22 sen dan Notion Vtec menambah enam sen kepada RM1.03.

Priceworth tidak berubah pada 4.5 sen.

Indeks FBM Emas Syariah turun 10.08 mata kepada 11,713.89, Indeks FBM Emas susut 13.11 mata kepada 11,120.46 dan Indeks FBMT 100 kurang 15.51 mata kepada 10,924.19.

FBM 70 meningkat 21.62 mata kepada 13,870.7 dan FBM Ace menokok 34.5 mata kepada 4,918.83.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan naik 39.28 mata kepada 7,400.59 manakala Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 19.54 mata kepada 15,202.67 dan Indeks Barangan dan Perkhidmatan Perindustrian kurang 0.22 mata kepada 149.8.

Di pasaran lebih meluas, 210 kaunter untung dan 95 kaunter rugi manakala 223 kaunter tidak berubah, 1,448 kaunter tidak diniagakan dan 30 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 221.38 juta saham bernilai RM72.73 juta.

-BERNAMA


Pengarang :