Orang ramai berkumpul di Victoria Park untuk mengadakan perhimpunan pro-demokrasi di Hong Kong pada 8 Disember 2019. Foto AFP
AGENDAGLOBAL

Demonstrasi Hong Kong musnahkan kedai dan bank

HONG KONG, 9 DIS: Sekumpulan penunjuk perasaan yang ganas memusnahkan kedai dan sebuah bank di Teluk Causeway serta Wan Chai dalam satu demonstrasi di Hong Kong pada Ahad, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan polis.

Polis memberi amaran supaya mereka tidak melakukan tindakan menyalahi undang-undang yang mengancam ketenteraman dan keselamatan awam.

Satu perhimpunan awam diadakan di Victoria Park pada Ahad tengah hari disusuli perarakan yang dijangka tamat di Chater Road di daerah pusat.

Beberapa peserta menyimpang dari laluan yang diluluskan dan menduduki sebahagian Gloucester Road dan Des Voeux Road Central.

Polis turut meminta semua peserta supaya tidak menyimpang dari laluan yang diluluskan dan menasihati mereka bersurai selepas perhimpunan itu.

-BERNAMA


Pengarang :