Selangorkini
AGENDA NASIONAL

Diskaun 50 peratus saman trafik sempena Krismas

KUALA LUMPUR, 13 DIS: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan diskaun sehingga 50 peratus bagi pelbagai jenis saman trafik (saman terpilih) sempena Hari Natal.

PDRM dalam satu poster disiarkan di media sosial rasmi memaklumkan, bayaran boleh dibuat di Dataran Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur pada 24 dan 26 Disember ini dari 8.30 pagi hingga 4 petang.

Bagaimanapun, saman yang tidak layak mendapat diskaun ialah saman kemalangan, saman berstatus NC (No Compoundable), saman berstatus waran tahun semasa, saman dalam perbicaraan, saman ops selamat tahun semasa dan saman berstatus mahkamah & saman berkaitan lori.

Tawaran itu juga bersempena Hari Bertemu Pelanggan bersama Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (KJSPT) Kuala Lumpur ACP Zulkefly Yahya.

-BERNAMA


Pengarang :