SELANGOR

Empat daerah diramal hujan hingga Ahad

SHAH ALAM, 9 DIS: Empat daerah di Selangor dijangkakan mengalami cuaca hujan dan ribut petir berterusan sehingga Ahad ini.

Jabatan Metereologi Malaysia (METMalysia) melalui portal rasminya berkata, keadaan itu membabitkan daerah Hulu Langat, Petaling, Gombak dan Hulu Selangor.

Sementara itu empat lagi daerah lain diramalkan hujan sehingga Rabu (18 Disember) sahaja, namun cuaca berubah panas pada Khamis (19 Disember) .

Bagaimanapun cuaca kembali hujan dari Jumaat (20 Disember) sehingga Ahad.

Ia melibatkan lokasi Klang, Kuala Langat, Kuala Selangor dan Sabak Bernam.

Orang ramai boleh mendapatkan laporan terkini cuaca di laman web www.met.gov.my.


Pengarang :