Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari menyerahkan contoh cek kepada pemenang pada Majlis Hadiah Sastera Selangor di SACC Mall, Shah Alam.16 Disember 2019. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
SELANGOR

Esei pekebun sawit diumum juara, bawa pulang hadiah wang tunai RM5,000

SHAH ALAM, 16 DIS: Karya berjudul ‘Evolusi Peribahasa, Dari Unsur Alam ke Teknologi’ membawa tuah buat seorang pekebun kelapa sawit apabila dipilih sebagai pemenang utama Hadiah Sastera Selangor 2019 bagi kategori esei sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM5,000.

Abdullah Hussaini Mohd Ghazali, 30, berkata, kemenangan itu menjadi kenangan manis buat dirinya setelah hampir tiga tahun menghantar karya kepada akhbar SelangorKini tanpa jemu.

“Saya tidak sangka akhirnya penyertaan tahun ketiga ini membuahkan hasil. Sebenarnya kalah atau menang itu perkara biasa kerana menulis adalah hobi saya.

“Menghasilkan karya baharu mampu membuatkan minda saya lebih tenang,” katanya ketika ditemui SelangorKini selepas diumumkan sebagai pemenang utama pada Majlis Hadiah Sastera Selangor 2019 di Black Box SACC Mall, di sini, malam tadi.

Tulisan beliau pertama kali diterbitkan laman web jalantelawi.com manakala sajak pertamanya disiarkan SelangorKini pada 2017.

Sementara itu penjawat awam, Aziz Zabidi, 38, yang dinobat sebagai pemenang utama kategori sajak pula tidak menjangka karyanya, ‘Sajak Untuk Sebuah Mei’ berjaya mencuri hati juri.

“Ramai yang bertanya bagaimana saya dapat inspirasi untuk menulis, namun bagi saya semuanya adalah spontan (secara tanpa sengaja).

“Tetapi yang memainkan peranan kita untuk berfikir ialah ilmu serta bahan bacaan,” katanya.

Bagi kategori cerpen, Nasser Mikraj, dipilih sebagai pemenang utama dengan artikel berjudul Pasca Percintaan.

Aziz dan Nasser masing-masing menerima hadiah wang tunai RM5,000.

Berikut senarai penuh pemenang utama dan hadiah penghargaan (serta tajuk karya) mengikut kategori dipertandingkan:

CERPEN

Pemenang utama
Nasser Mikraj (Pasca Percintaan)

Hadiah Penghargaan
Haizir Othman
(Lili)

Azrin Fauzi
(Kerusifiksyen: Tentang Mengarang Cereka di Atas Kerusi)

Anas Mohd
(Untuk Serasi, Kau Tak perlukan Wajah yang Molek)

Lokman Hakim
(Hari Itu, Politik Cuti Sakit)

SAJAK

Pemenang utama
Aziz Zabidi
(Sajak Untuk Sebuah Mei)

Hadiah Penghargaan
Hafiz Hamzah
(Perempuan, Sihirku)

Fahd Razy
(Catatan Yang Direnyuk ke Dalam Kasut Seorang Politikus)

Meor Izzat Mohamad
(Hujan, Bagimu Bau dan Bagiku Pemuzik Yang Menukik Kepalaku)

AB Nurmala (Kemarau di Hujung Waktu)

(Kemarau di Hujung Waktu)

ESEI

Pemenang utama
Abdullah Hussaini Mohd Ghazali
(Evolusi Peribahasa, dari Unsur Alam ke Teknologi)

Hadiah Penghargaan
Nazreen Coklat
(Kompleksiti Cinderella Kental Dalam Novel Popular)

Roslan Jomel
(Disiplin Kritikan dan Sikap Penulis)

Haniff Yusof
(Realisme Magis Dalam Pencerekaan Azrin Fauzi)

Abizai
(Menukang Puisi Tidak Semudah Bermain Domino)


Pengarang :