Skuad kebangsaan melalui perubahan dan mencatat kejayaan membanggakan pada kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 pusingan ke-2 lalu. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Harimau Malaya kekal ke-154 ranking FIFA

SHAH ALAM, 20 DIS: Harimau Malaya mengekalkan kedudukannya di tangga ke-154 dalam ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Berdasarkan kedudukan terkini dikeluarkan badan induk bola sepak dunia itu, semalam, Malaysia mengutip 1,040 mata berikutan pencapaian positif pasukan di bawah bimbingan Ketua Jurulatih, Tan Cheng Hoe.

Di bawah kendaliannya, sukad kebangsaan memperoleh kemenangan ke atas Tajikistan 1-0 dalam perlawanan persahabatan dan dua kemenangan dalam Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 dengan mengatasi Indonesia 2-0 serta Thailand 2-1.

Sebelum itu, anak buah Cheng Hoe turut berjaya menewaskan Indonesia 3-2 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta.

Mengikuti rapat, di tangga 155, Maldives dengan 1,038 mata dan New Caledonia (156) (1,035 mata).

Pasukan Asia lain pada kedudukan terbaik adalah Jepun di tangga ke-28 diikuti Iran (33), Republik Korea (40) dan Australia (42).

Vietnam merupakan pasukan Asia Tenggara yang menduduki tangga terbaik iaitu kedudukan ke-94, diikuti Thailand (113), Filipina (124) dan Myanmar (136).

Di bawah Malaysia adalah Singapura (157) manakala Indonesia dan Kemboja berkongsi tempat ke-173.


Pengarang :