Selangorkini
Borhan Aman Shah dan Xavier Jayakumar melawat bilik asrama SJKT Ladang Midlands pada Majlis Perasmian Pembukaan Bangunan Asrama sekolah itu di Seksyen 7, Shah Alam, pada 5 Disember 2019. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
ADN SELANGOR

Impian masyarakat India lihat sekolah Tamil ada asrama tercapai

SHAH ALAM, 5 DIS: Impian masyarakat India memiliki asrama untuk kemudahan murid Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SKJT) bagi golongan keluarga berpendapatan rendah (B40) menjadi kenyataan.

Ahli Dewan Negeri Tanjung Sepat, Borhan Aman Shah berkata, hasrat masyarakat India itu tercapai apabila Kerajaan Negeri bersetuju memperuntukan RM4 juta untuk membina bangunan asrama di SJKT Ladang Midlands.

“Asrama di SKJT ini adalah satu projek terulung di Malaysia dan sekali gus mencatat sejarah untuk rakyat Selangor

“Impian masyarakat India untuk melihat ada asrama di SJKT benar-benar menjadi kenyataan hari ini,” katanya.

Beliau yang juga Setiausaha Politik kepada Dato’ Menteri Besar Selangor berkata demikian pada Majis Perasmian Pembukaan Bangunan Asrama di SJKT Ladang Midlands, di sini, hari ini.

Borhan berkata, Kerajaan Negeri berharap kemudahan asrama yang disediakan ini mampu membantu meningkatkan prestasi pelajaran murid sekolah terbabit.

Katanya, ini kerana asrama serba lengkap ini menyediakan suasana pembelajaran yang lebih kondusif bagi memastikan murid dapat fokus kepada pelajaran masing-masing.


Pengarang :