PBTSELANGOR

Jom tonton teater percuma 20 hingga 22 Disember ini

OLEH ALIFF HAIKAL

PETALING JAYA, 17 DIS: Bersempena bulan Keputeraan Sultan Selangor yang ke-74, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dengan kerjasama Majlis Teater Selangor (MTS) akan mementaskan teater berjudul Bangsawan Raja Lumu: Legasi Berdaulat pada 20 hingga 22 Disember ini.

Teater tersebut akan dipentaskan di Auditorium Dewan Sivik MBPJ di Jalan Yong Shook Lin di sini bermula jam 8.30 hingga 11.30 malam.

“Teater tersebut adalah karya Mior Sharul Mior Ismail dan bakal diarahkan sendiri oleh beliau dengan dibantu Zuraida Hamsiah,” jelas MBPJ menerusi kenyataan Facebook.

Kata kenyataan itu, antara watak dalam teater terbabit ialah Pairul Azhar sebagai Raja Lumu, Sharul Titis sebagai Daeng Chelak manakala Jijan sebagai Sultan Perak.

Orang ramai dialu-alukan menonton teater tersebut yang ditawarkan secara percuma.


Pengarang :