Timbalan Presiden Keadilan, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali semasa tiba di Majlis Makan Malam Wawasan Kemakmuran Bersama di Hotel Renaissance Kuala Lumpur pada 8 November 2019. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

KEADILAN perjuangan rakyat, bukan individu atau keluarga

KUALA LUMPUR, 8 DIS: Parti KEADILAN bukan dibina oleh satu orang atau satu keluarga sebaliknya ia parti yang dibina oleh rakyat Malaysia, kata Timbalan Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

Katanya, parti berkenaan tidak akan kukuh dan berjaya tanpa sokongan padu dan perjuangan daripada rakyat Malaysia.

“Kamu belum kenal Azmin Ali, parti ini tidak akan kuat, tidak akan kukuh malahan tidak akan berjaya tanpa saudara saudari. Parti ini bukan dibina oleh satu orang, satu keluarga, parti ini dibina oleh rakyat Malaysia.

“Jangan hina sumbangan ramai, saya amat terkesan begitu ramai rakyat Malaysia atas nama KEADILAN dipenjarakan dan dihina.

“Kita bina parti ini bukan untuk ganggu, kita bina untuk lahirkan sebuah negara Malaysia baharu, kita lakukan reformasi, kita mampu lahirkan pemimpin yang tidak mengampu,” katanya.

Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali ketika berucap di hadapan ahli parti KEADILAN pada Majlis Makan Malam Wawasan Kemakmuran Bersama di Hotel Renaissance Kuala Lumpur pada 8 November 2019. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Wawasan Kemakmuran Bersama 2019 di Hotel Renaissance Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Pada masa sama, katanya, KEADILAN adalah parti kerajaan yang memerintah dan rakyat mahukan pembahas membahaskan isu yang membela mereka.

“Rakyat nak tengok pembahas dapat bahaskan isu ekonomi, isu Wawasan Kemakmuran Bersama, perumahan, isu anak muda, masalah peneroka Felda, ada atau tidak?.

“Sebagai Timbalan Presiden Parti saya rasa malu dengan kualiti pembahas yang tidak ada kualiti dan memalukan,” katanya.

Sementara itu, Majlis Makan Malam Wawasan Kemakmuran Bersama 2019 mendapat sambutan menggalakkan dengan kehadiran lebih 5,000 orang.


Pengarang :