Selangorkini
Timbalan Pengarah KPDNHEP, Azizan Abdullah ketika menyampaikan ucapan perasmian ketika Anugerah Disyorkan Pengguna (Consumers’ Recommended Award) 2019 di Hotel Geno, Subang. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENSI SELANGOR

KPDNHEP: Peniaga patuh harga kawalan Krismas

SHAH ALAM, 28 DIS: Sebanyak 1,261 premis perniagaan diperiksa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor bagi memantau kenaikan harga melampau ketika musim perayaan Krismas setakat ini.

Timbalan Pengarahnya, Azizan Abdullah berkata, langkah itu diambil menerusi pemeriksaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Krismas bermula 22 hingga 31 Disember ini.

“Dalam pemeriksaan setakat semalam (26 Disember), KPDNHEP Selangor mendapati tiada tindakan kes yang diambil kerana peniaga mengikut harga kawalan ditetapkan.

“Dalam pemeriksaan itu, kita melihat pelbagai aspek antaranya tidak mengikut harga kawalan, tidak meletakkan tanda larga, tidak meletakkan ‘pink tag’ pada harga jualan dan alat timbang tamat tempoh,” katanya.

Barisan penerima anugerah bergambar ketika Anugerah Disyorkan Pengguna (Consumers’ Recommended Award) 2019 di Hotel Geno, Subang. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI

Beliau berkata demikian ketika ditemui SelangorKini pada Majlis Anugerah Syor Pengguna 2019 (2019 Consumer Recommended Award) di Hotel Geno, semalam.

SHMMP Krismas 2019 membabitkan 19 jenis barangan dengan tempoh penguatkuasaan selama sepuluh hari iaitu tiga hari sebelum perayaan,semasa perayaan dan enam hari selepas hari perayaan berbanding lima hari tempoh pelaksanaan sebelum ini.

Peniaga secara sengaja menaikkan harga tanpa alasan munasabah atau berniat mengaut keuntungan berlebihan boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.


Pengarang :