Kakitangan syarikat penerbangan mengangkat plakad memaklumkan pembatalan penerbangan di terminal lapangan terbang antarabangsa Manila pada 3 Disember 2019 berikutan penutupan sementaranya kerana ancaman taufan Kammuri. Foto AFP
AGENDAGLOBAL

Lapangan terbang antarabangsa Manila ditutup susulan taufan Kammuri

HANOI, 3 DIS: Pihak berkuasa Filipina berkata lapangan terbang antarabangsa di ibu kota Manila akan ditutup sementara pada Selasa susulan ancaman yang ditimbulkan taufan kuat Kammuri, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).

Ed Monreal, Pengurus Besar pihak berkuasa lapangan terbang antarabangsa Manila, berkata lapangan terbang itu akan ditutup mulai pukul 11 pagi hingga 11 malam pada Selasa (waktu Filipina).

Taufan Kammuri diramal melanda Filipina pada Selasa dengan kelajuan angin mencecah 162 kilometer sejam.

Ia merupakan taufan ke-20 yang melanda Filipina tahun ini.

– BERNAMA


Pengarang :