(Gambar hiasan) 60 pelajar asnaf gembira menerima bantuan iPad daripada Lembaga Zakat Selangor. Foto Facebook LZS
AGENSISELANGOR

LZS sumbang 60 iPad buat pelajar asnaf

SHAH ALAM, 12 DIS: Prihatin dengan keperluan pendidikan pelajar asnaf, Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyumbangkan 60 iPad kepada asnaf terpilih dari Maktab Rendah Sains Mara dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi.

LZS dalam kenyataan berkata, pihaknya memperuntukkan sebanyak RM90,000 bagi membeli peranti mudah alih itu, sekali gus diyakini mampu membantu anak asnaf khususnya bagi yang melanjutkan pelajaran di sekolah berprestasi tinggi.

“Penggunaan iPad merupakan keperluan pendidikan bagi menjalani proses pembelajaran dan pengajaran selari kehendak sekolah.

“Semoga dengan pemberian iPad ini dapat memberikan keyakinan dan membantu pelajar lebih bermotivasi dan mengutamakan kecemerlangan dalam pendidikan mereka,” kata kenyataan itu.


Pengarang :