AGENSISELANGOR

MAIS siap sedia bantu sekolah, masjid terjejas akibat banjir

SHAH ALAM, 16 DIS: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan anak syarikatnya bersiap sedia untuk menghulurkan bantuan kepada negeri-negeri yang terlibat dengan bencana banjir.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Islam Darul Ehsan, Nur Mohd Razali Abdullah berkata, pihaknya selaku koordinasi kali ini akan menghantar bantuan kerja pembersihan ke sekolah dan masjid yang terjejas.

“Tindakan ini diambil ekoran beberapa negeri termasuk Kelantan, Terengganu, Johor dan Pahang menghadapi banjir baru-baru ini,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata demikian ketika Mesyuarat Bantuan Pasca Banjir MAIS dan anak syarikatnya, pada 10 Disember lalu.

Mengulas lanjut, Nur Mohd berkata, inisiatif itu mula digerakan pada 2014 di Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang (2017).


Pengarang :