Dato’ Seri Amirudin Shari bergambar bersama pelajar yang menerima bantuan pada Program Kembali Ke Sekolah anjuran JKP ZON 8 dan Pusat Khidmat DUN Sungai Tua di Dewan Rakyat Batu Caves pada 21 Disember 2019. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

MB: Raih kecemerlangan, terap nilai murni

GOMBAK, 21 DIS: Bukan hanya fokus meraih keputusan cemerlang, sekolah juga perlu dijadikan medium menerapkan nilai sivik dalam diri pelajar.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari berkata nilai itu antaranya menjaga kebersihan dan menghormati jiran tetangga bagi membentuk generasi matang, maju serta melahirkan komuniti damai.

“Salah satu cita-cita Kerajaan Negeri ingin melihat bidang pendidikan dan kehidupan masyarakat kita berubah yang penting kepada diri, komuniti, keluarga, negeri dan negara.

“Sebab itu saya kata sekolah bukan hanya untuk mendapat keputusan 8A atau 10A tetapi tempat membentuk generasi masa depan supaya mereka (pelajar) boleh menjadi manusia,” katanya pada Program Kembali Ke Sekolah 2020 anjuran DUN Sungai Tua di Dewan Rakyat Batu Caves hari ini.

Amirudin yang juga Ahli Dewan Negeri Sungai Tua turut memuji inisiatif Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik yang bersetuju memasukkan nilai sivik dalam subjek Pendidikan Islam dan Moral.

“Kerajaan Negeri juga memperuntukkan dana yang besar dalam sektor pendidikan demi memastikan bidang ini terus diperhebat,” katanya.


Pengarang :