Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)
BERITA UTAMAPBTSELANGOR

MBSA tutup Persiaran Bandaraya sempena sambutan tahun baharu

SHAH ALAM, 27 DIS: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menutup sementara Persiaran Bandaraya (Dataran Kemerdekaan) mulai semalam hingga 1 Januari 2020.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awamnya, Shahrin Ahmad berkata penutupan itu bagi melancarkan persiapan dan penganjuran sambutan Ambang Tahun Baharu 2020 peringkat Selangor yang akan diadakan pada 31 Disember ini.

“Kami menyeru orang ramai supaya tidak menggunakan jalan yang dinyatakan pada tempoh terbabit untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas.

“Selain itu, orang ramai disaran sentiasa mematuhi arahan dari semasa ke semasa yang diberikan MBSA,” katanya dalam kenyataan hari ini.

MBSA juga memohon supaya pengguna jalan raya memberi kerjasama dan menggunakan jalan alternatif untuk menuju ke mana-mana destinasi.


Pengarang :