Setiausaha Politik Dato’ Menteri Besar Selangor, Borhan Aman Shah dan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Xavier Jayakumar memotong riben sebagai gimik perasmian Majlis Pembukaan Bangunan Asrama di SJKT Ladang Midlands Seksyen 7, Shah Alam pada 5 Disember 2019. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Menteri rasmi sekolah Tamil berasrama yang pertama

SHAH ALAM, 5 DIS: Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Midlands muncul sebagai sekolah Tamil pertama memiliki asrama untuk kemudahan pelajarnya.

Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Datuk Dr Xavier Jayakumar berkata, asrama yang disiapkan dalam tempoh kurang setahun itu mampu memuatkan 200 pelajar pada satu-satu masa.

“Kerja pembinaan asrama dimulakan pada 1 Januari lalu dan pada 31 Oktober lalu iaitu kurang setahun asrama sekolah itu dapat disiapkan seperti dirancangkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majis Perasmian Pembukaan Bangunan Asrama di SJKT Ladang Midlands, di sini, hari ini.

Bangunan asrama SJKT Ladang Midlands Seksyen 7, Shah Alam yang dirasmikan pada 5 Disember 2019. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

Katanya, dengan kewujudan asrama, pelajar berumur 10 hingga 12 tahun dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah (B40) boleh mendiami asrama ini.

Xavier berkata, projek pembinaan asrama ini selaras dengan konsep asrama desa yang diperkenalkan Kementerian Pendidikan.

Katanya, pada sesi pembelajaran 2020, sekolah itu akan mengambil 100 pelajar untuk tinggal di asrama.

Xavier berkata, asrama ini dilengkapi pelbagai kemudahan seperti bilik warden, bilik belajar, permainan dalaman, dobi, bilik menonton, bilik mandi dan tandas.


Pengarang :