AGENSISELANGOR

Mohon dermasiswa melalui Portal Pendidikan LZS

SHAH ALAM, 9 DIS: Lembaga Zakat Selangor (LZS) mewujudkan Portal Pendidikan bagi kemudahan permohonan Dermasiswa Pengajian Tinggi Anak Asnaf secara dalam talian.

LZS dalam kenyataan di Facebook memaklumkan portal itu bagi memberi akses kepada pelajar asnaf fakir, miskin dan mualaf berdaftar di bawah agensi terbabit untuk memohon dermasiswa termasuk bantuan persediaan ke institusi pengajian tinggi.

“Ia sebagai kesinambungan kepada tajaan pengajian yang dibuat secara manual sebelum ini iaitu melalui kaunter LZS sejak bantuan ini mula diperkenalkan.

“Melalui Portal Pendidikan, pelajar asnaf LZS dapat membuat permohonan di mana-mana sahaja dengan hanya menggunakan komputer atau telefon,” katanya.

LZS turut memaklumkan kemudahan secara dalam talian itu juga sejajar perkembangan agihan zakat di institusi terbabit yang kini menuju ke era digitalisasi.

“Semoga usaha ini dapat memberikan manfaat kepada pelajar asnaf LZS dalam mendapatkan pendidikan peringkat pengajian tinggi seterusnya mengeluarkan diri dan keluarga daripada belenggu kemiskinan melalui kecemerlangan pendidikan,” katanya.


Pengarang :