PBTSELANGOR

Mohon permit Bazar Ramadan MBSA dalam talian

SHAH ALAM, 13 DIS: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) melaksanakan permohonan permit Bazar Ramadan secara dalam talian bermula pada 1 sehingga 31 Disember ini.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam, Shahrin Ahmad berkata, peniaga perlu mengisi borang permohonan dan memuat naik salinan dokumen lengkap diperlukan secara dalam talian dengan melayari https://bazar.mbsa.gov.my.

“Sebanyak 31 lokasi tapak bazar disediakan MBSA pada tahun ini antaranya di Seksyen 6, 7, 8, 16,17, 18,19, 20, 24, 25, 27, 28, 31,33, 35, U2, U3, U5, U8, U10, U13, U19 dan U20,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Shahrin berkata, bagi jualan makanan dan minuman balang bayaran permit dikenakan sebanyak RM257, jualan makanan bergoreng, air kelapa/tebu dan berbakar masing-masing (RM287), manakala jualan ayam golek (RM347).

Sementara itu, bagi kadar penyeragaman khemah pula harga itu akan ditetapkan kelak.

Sebarang pertanyaan berkenaan permit Bazar Ramadan, sila hubungi Jabatan Pelesenan MBSA di talian 03-55105133 sambungan 1753/1317/ dan 1699.


Pengarang :