Anggota Penguat kuasa dan Keselamatan MPS merobohkan struktur gerai haram ketika operasi bersepadu di Taman Setia Rawang semalam. Foto ihsan MPS
PBTSELANGOR

MPS roboh dua struktur gerai haram

SHAH ALAM, 25 DIS: Majlis Perbandaran Selayang (MPS) merobohkan dua struktur gerai dan sebuah garaj kenderaan yang dibina secara haram dalam operasi bersepadu berhampiran Taman Setia, Rawang, semalam.

Pengarah Jabatan Korporatnya, Mohamad Zin Masoad berkata tindakan itu dibuat di bawah Seksyen 46 (1)a Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1074.

Katanya operasi bermula 9 pagi itu berjalan dengan baik dan terkawal tanpa provokasi daripada mana-mana pihak.

“Operasi yang diketuai Unit Khas, Jabatan Penguatkuasa dan Keselamatan MPS dengan kekuatan seramai 14 anggota ini turut dibantu oleh 10 orang daripada Jabatan Landskap,” katanya dalam kenyataan.

Katanya Jabatan Landskap MPS turut mengambil keputusan untuk menanam pokok di tapak bekas penjaja terbabit bagi mengelakkan pembinaan semula struktur haram di sepanjang lokasi berkenaan.


Pengarang :