AGENDAGLOBAL

Pesawat Tentera Udara Chile hilang dari radar

BUENOS AIRES, 10 DIS: Tentera Udara Chile terputus hubungan dengan sebuah pesawatnya yang dalam perjalanan ke sebuah pangkalan udara di Antartika dan membawa 38 orang, lapor agensi berita Rusia Sputnik memetik kenyataan tentera udara.

“Tentera Udara Chile melaporkan bahawa petang ini sebuah pesawat Hercules C-130 dari Kumpulan Penerbangan #10 telah berlepas pada pukul 4.55 petang dan terputus hubungan radio pada pukul 6.13 petang (2113 GMT]),” menurut kenyataan yang dikeluarkan, semalam.

Kenyataan itu menyebut pesawat tersebut dalam perjalanan ke Pangkalan Udara Presiden Eduardo Frei Montalva di Antartika.

Terdapat 38 orang dalam pesawat itu yang terdiri daripada 17 anggota kru dan 21 penumpang.

– BERNAMA


Pengarang :