Aksi atlet sukan tarian kategori Breaking Lego, Sam Jee Lek menunjukkan pingat emas selepas memenangi dalam kategori itu sempena Sukan SEA 2019 Filipina di Royce Hotel, Clark pada 1 Disember 2019. Foto BERNAMA
AGENDASUKANKINI

Pingat emas kedua bagi acara sukan tarian

NEW CLARK CITY (Filipina), 1 DIS: Atlet acara sukan tarian Sam Lee Jek menghadiahkan pingat emas kedua untuk kontinjen Malaysia pada temasya Sukan SEA ke-30 selepas memenangi acara break dance di Ballroom Royce Hotel & Casino, dekat sini, hari ini.

Atlet berusia 24 tahun dengan nama julukan Lego Sam, mengetepikan empat pencabar lain dalam liga sepusingan apabila mengumpul 12 mata disusuli atlet Vietnam, Le Huu Phuoc (9 mata) manakala pingat gangsa disandang oleh wakil Singpura. Jeremy Sim Eng Kiat dengan empat mata.

Berdasarkan format pertandingan, peserta yang mengumpul mata tertinggi selepas empat pusingan tarian, diisytiharkan sebagai pemenang pertandingan berkenaan.

Terdahulu, kontinjen Malaysia meraih pingat emas sulung menerusi atlet wushu, Loh Choon How yang memenangi acara Taijiquan lelaki selepas mengumpul markah tertinggi, 9.68 mata pada aksi di World Trade Center, Manila.

– BERNAMA


Pengarang :