Elya Marini Darmin mempengerusikan Mesyuarat Bulanan Majlis Perbandaran Klang Bil. 12/ 2019 di Dewan Mesyuarat Raja Mahadi, Klang pada 30 Disember 2019. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
PBTSELANGOR

Prestasi hasil, perbelanjaan MPK catat peningkatan

KLANG, 30 DIS: Sebanyak RM265.9 juta prestasi hasil Majlis Perbandaran Klang (MPK) sehingga November lalu sekali gus mencatatkan peningkatan berbanding RM254.5 juta tempoh sama tahun lalu.

Timbalan Yang Dipertuanya, Elya Marini Darmin berkata, jumlah hasil itu meningkat RM11.37 juta iaitu empat peratus berbanding tahun lalu.

“Jumlah perbelanjaan pula sebanyak RM219.9 juta sehingga November lalu sekali gus mencatatkan peningkatan RM6.24 juta iaitu tiga peratus berbanding tempoh sama pada 2018.

“Secara keseluruhan, jumlah hasil berbanding perbelanjaan meningkat sebanyak RM5.13 juta iaitu 13 peratus berbanding tempoh sama pada 2018,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mempengerusikan Mesyuarat Penuh MPK Bil 12/2019 di Dewan Mesyuarat Raja Mahadi, di sini, hari ini.

Turut hadir, Orang Besar Daerah Klang, Dato’ Setia Diraja Dato’ Abdul Ghani Pateh Akhir.


Pengarang :