Selangorkini
Foto Instagram Safuwan Baharudin
AGENDA SUKANKINI

Safuwan lengkapkan import Selangor hadapi musim 2020

SHAH ALAM, 12 DIS: Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) melengkapkan kouta pemain import susulan penyertaan Safuwan Baharudin bersama skuad Gergasi Merah.

Pengumuman rasmi itu dibuat melalui video pengenalan pemain yang dikongsikan FAS di media sosial mereka.

Ketibaan pemain Singapura itu sekali gus melengkapkan senarai import pasukan Selangor bagi saingan Liga Malaysia 2020 selepas memiliki Sandro da Silva (Brazil), Ifedayo Olesegun (Nigeria), Rufino Segovia (Sepanyol), dan Taylor Regan (Australia).

Safuwan yang turut melengkapkan slot import bagi kouta pemain ASEAN dijangka membentuk gandingan mantap di bahagian tengah bersama perpindahan sensasi pemain kebangsaan, Brendan Gan.

Sebelum itu, FAS turut mengesahkan pemain kacukan kelahiran Manchester, Nicholas Ryan Swirad menyertai kem merah kuning.

Nicholas merupakan bekas pemain Kelab Bola Sepak Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS FC) mampu beraksi di semua posisi pertahanan.

Beliau yang pernah menyarung jersi Harimau Malaya juga pernah beraksi bersama Johor Darul Takzim II pada 2016 sebelum dipinjamkan ke Melaka United.

Beliau yang mengisi slot pemain tempatan kemudian berpindah secara tetap bersama Melaka United pada 2018 sebelum disambar PKNS FC tahun berikutnya.


Pengarang :