Selangorkini
AGENSI BERITA UTAMA SELANGOR

Selamat Hari Keputeraan Tengku Amir – MB

SHAH ALAM, 12 DIS: Dato’ Menteri Besar merakamkan sembah tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-29 Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.

Dato’ Seri Amirudin Shari menerusi laman Facebooknya berkata, semoga ALLAH SWT lanjutkan usia tuanku dalam kemuliaan.

“Semoga Tuanku sentiasa berada dalam lindungan ALLAH SWT serta hidup dengan penuh kebahagiaan,” tulisnya, hari ini.

Semalam, ayahanda baginda Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj menyambut Hari Keputeraan baginda yang ke-74.


Pengarang :