Atlet renang negara, Welson Sim selepas beraksi pada acara renang 400 meter gaya bebas sempena Sukan SEA 2019 di Pusat Akuatik, New Clark Centre pada 4 Disember 2019. Foto BERNAMA
AGENDASUKANKINI

Sukan SEA: Perenang elit negara gagal raih emas

NEW CLARK CITY, (Filipina), 5 DIS: Perenang elit negara, Welson Sim Wee Sheng gagal dalam usahanya meraih pingat emas tiga tahun berturut-turut dalam acara kegemarannya 400 meter gaya bebas selepas menamatkan tempat kedua di Sukan SEA 2019 Filipina, semalam.

Perenang berumur 22 tahun dari Sarawak yang memperoleh pingat emas pada edisi 2015 dan Sukan SEA Kuala Lumpur itu mencatatkan renangan 3 minit 49.55 saat dalam acara yang berlangsung di Pusat Akuatik New Clark City.

Catatan itu jauh lebih perlahan berbanding catatan terbaik beliau 3:49.29 saat yang dicatatkan di Kejohanan Terbuka New South Wales State 2019 di pada 15 Mac.

Pemenang Sukan Olimpik Remaja 2018 Nguyen Huy Hoang dari Vietnam, mencatatkan rekod Sukan SEA baharu dengan catatan 3:49.08 saat untuk raih pingat emas, manakala Aflah Fadlan Prawira dari Indonesia, menduduki tempat ketiga dengan catatan 3:52.65 saat.

Seorang lagi perenang kebangsaan Khiew Hoe Yean, menduduki tempat keenam daripada lapan perenang yang bersaing, dengan catatan masa 3:56.21 saat.

Kekalahan Sim menyaksikan penguasaan Malaysia dalam acara itu tamat, sejak Kevin Yeap memenangi pingat emas pada edisi 2009 di Laos, diikuti Daniel Bego pada edisi 2011 di Indonesia dan 2013 di Myanmar.

Sim merupakan pemegang dalam acara itu dengan catatan masa 3:50.26 saat dalam Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

Kekalahan itu bagaimanapun tidak mematahkan semangat Sim, selepas beliau kemudiannya menjadi tonggak dalam pasukan kebangsaan, yang terdiri daripada Hoe Yean, Keith Lim dan Arvin Singh Chahal untuk meraih pingat gangsa dalam saingan renang lelaki berngati-ganti 4x200m gaya bebas, dengan catatan masa 7 minit 27.55 saat.

Singapura yang diterajui oleh juara Olimpik mereka, Joseph Schooling, mengekalkan pemilikan pingat emas yang dimenangi mereka pada 2017, dengan mencatatkan rekod Sukan SEA yang baharu dengan catatan masa 7:17.88 saat, memadamkan rekod mereka sebelum ini 7:18.14 saat yang dicatatkan dalam saingan di gelanggang sendiri pada tahun 2015. Vietnam meraih pingat gangsa dengan catatan masa 7:21.51s.

Seorang lagi perenang negara Daniel Lim gagal dalam penampilan pertama beliau di Sukan SEA selepas menamatkan renangan di tempat terakhir daripada lapan perenang yang bertanding dalam acara 100 meter kuak dada dengan catatan masa 1 minit 02.86 saat.

Pemenang pingat perak pada edisi 2017 James Deiparine dari Filipina meraih pingat emas dengan rekod Sukan SEA yang baharu 1:01.46 saat, memadamkan rekod lama 1:01.60 yang dipegang oleh perenang dari Vietnam Nguyen Huu Viet pada edisi 2009 di Laos.

Bercakap kepada pemberita ketika ditemui selepas renangan, Sim menyuarakan rasa kecewa selepas gagal mengekalkan perolehan pingat emas dalam acara kegemarannya, namun beliau tetap berpuas hati selepas berjaya memenangi pingat gangsa pada saingan renangan berganti-ganti 4x200m gaya bebas.

“Saya ada beberapa lagi acara selepas ini dan diharapkan saya dapat melakukan yang terbaik,” katanya.

Sementara itu negara kuasa besar arena renang rantau ini, Singapura, yang banyak bergantung kepada perenang berpengkalan di Amerika Syarikat, menguasai saingan di kolam renang itu hari ini dengan mengumpul empat pingat emas, satu perak dan satu gangsa di hari pembukaan pertandingan.

– BERNAMA


Pengarang :