Atlet wushu negara, Loh Choon How beraksi dalam acara Taijiquan Lelaki Akhir sempena Sukan SEA Filipina di World Trade Center Manila pada 1 Disember 2019. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Sukan SEA: Pingat emas pertama Malaysia menerusi wushu

MANILA, 1 DIS: Atlet wushu negara, Loh Choon How memperoleh pingat emas pertama buat kontinjen Malaysia dalam Sukan SEA ke-30.

Choon How menyumbang pingat emas itu dalam acara taijiquan lelaki yang berlangsung di World Trade Center di sini, hari ini,

Atlet berusia 26 tahun itu mengutip mata keseluruhan 9.68 untuk mengesah penerimaan pingat itu.

Pingat perak dimenangi atlet Brunei, Heng Yu Hosea Wong yang mengumpul 9.59 mata manakala gangsa menjadi milik atlet tuan rumah, Parantac Daniel yang mengutip 9.56 mata.

– BERNAMA


Pengarang :