Mohd Zawawi Ahmad Mughni (lima, kanan) menyambut kepulangan Hatem Rumijam (empat, kanan) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Foto ihsan Mohd Zawawi Ahmad Mughni
ADNSELANGOR

Sukan SEA: Zawawi bangga anak jati Jalan Kebun sumbang Perak

SHAH ALAM, 13 DIS: Anak jati Kampung Jalan Kebun, Hatem Rumijam antara atlet muaythai yang berjaya membawa pulang pingat Perak dalam sukan SEA di Filipina, baru-baru ini.

Kejayaan itu sekali gus membanggakan Ahli Dewan Negeri (ADN) Sungai Kandis, Mohd Zawawi Ahmad Mughni yang mengucapkan tahniah kepadanya atas kesungguhan dan perjuangan hebat mengharumkan negara.

“Tahniah dan penghargaan kepada Hatem yang merupakan anak jati Kampung Jalan Kebun dan pasukan Muay Thai atas kesungguhan serta perjuangan hebat mengharumkan nama negara,” katanya kepada SelangorKini.

Mohd Zawawi berkata beliau komited untuk membantu Kelab Muaythai Jalan Kebun dalam melahirkan lebih ramai atlet bertaraf dunia dengan beberapa program insentif dan pembangunan sukan.

“Tahniah kepada ibu bapanya yang berjaya mendidik lima anak mereka dalam bidang ini hingga peringkat antarabangsa,” katanya.

Dalam sukan SEA di Manila baru-baru ini, pasukan Muaythai Malaysia membawa pulang satu pingat emas, dua pingat perak dan dua gangsa.


Pengarang :