DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan hadir menziarahi Makam Diraja Klang, Klang pada 9 Disember 2019. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
BERITA UTAMAPILIHAN MINGGUANSELANGOR

Sultan Selangor ziarah makam ayahanda

KLANG, 9 DIS: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menziarahi makam ayahandanya, Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj di Makam Diraja Klang, di sini hari ini sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Baginda ke-74 pada Rabu ini.

Baginda tiba di makam berkenaan pada jam 10.30 pagi dan diiringi Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.

DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menyiram air mawar ketika menziarahi Makam Diraja Klang, Klang pada 9 Disember 2019. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Ketibaan baginda berdua disambut Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Dato’ Mohamad Amin Ahmad Ahya dan pembesar negeri serta anggota kerabat Diraja Selangor.

Majlis dimulakan dengan bacaan tahlil dan doa selamat selama 30 minit yang dipimpin Mufti Selangor, Dato’ Mohd Tamyes Abdul Wahid.

DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah membaca tahlil dan doa selamat ketika menziarahi Makam Diraja Klang, Klang pada 9 Disember 2019. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Baginda kemudiannya menabur bunga dan menyiram air mawar di makam berkenaan sebelum berangkat pulang meninggalkan perkarangan pada jam 11 pagi.


Pengarang :