Datuk Seri Anwar Ibrahim melambaikan tangan kepada perwakilan sebelum memulakan ucapan perasmian Kongres Nasional KEADILAN Ke-14 berlangsung di Pusat Dagangan Antarabangsa (MITC), Melaka pada 7 Disember 2019. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Tanggung belanja atasi jerebu, sokong sikap progresif

AYER KEROH, 7 DIS: Kerajaan Persekutuan perlu lebih tegas dalam menangani masalah jerebut termasuk meminta syarikat yang meraih keuntungan besar untuk bersama-sama menyumbang bagi mengurangkan kesan fenomena berkenaan.

Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tidak adil rakyat dimangsakan susulan insiden berkenaan hingga terpaksa membeli topeng penutup hidung sedangkan pemain industri terus memperoleh kekayaan.

“Saya fikir tidak adil untuk syarikat besar yang kaya, untung ratusan juta ini tidak dikenakan apa-apa bayaran dan mintak rakyat beli topeng.

“Kita gesa kerajaan lebih tegas menangani masalah ini supaya jangan dijadikan beban kepada rakyat dan syarikat besar diminta menanggung sedikit belanja mengurangkan kesan jerebu pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan dasar Kongres Tahunan Nasional KEADILAN di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini, hari ini.

Dalam ucapan sama, Ahli Parlimen Port Dickson itu turut menyambut baik sikap progresif Malaysia terhadap dasar luar negara terutamanya dalam isu Palestin, Rohingya dan Kashmir.

“Saya menyokong langkah kerajaan kerana sikap kita sangat progresif termasuk dalam soal Palestin, kekejaman dan kerakusan Israel terus menerus serta dunia seolah-olah tidak mampu berbuat apa-apa.

“Kita menyokong pendirian kerajaan dalam mencari jalan penyelesaian isu Kashmir,” katanya.


Pengarang :