Penduduk cuba mengenal pasti mayat yang dipercayai salah seorang daripada beberapa nelayan yang hilang ekoran Taufan Phanfone yang melanda Filipina pada Krismas. Foto AFP
AGENDANASIONAL

TPM sedih kematian dan kemusnahan akibat Taufan Phanfone

KUALA LUMPUR, 27 DIS: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menzahirkan rasa sedih dengan kematian dan kemusnahan akibat taufan yang membadai Filipina semasa perayaan Krismas.

Beliau berkata rakyat Malaysia bersimpati dengan kesusahan yang dihadapi warga Filipina pada waktu sukar ini.

“Saya sangat sedih dengan kemusnahan akibat Taufan Phanfone yang melanda Filipina sehingga mengakibatkan kehilangan nyawa, kecederaan dan kerosakan harta benda,” katanya dalam catatan di Twitter dan Facebook hari ini.

“Doa saya bersama keluarga mereka yang terkorban dan juga mereka terjejas dan cedera,” katanya.

Dilaporkan sekurang-kurangnya 28 orang terbunuh akibat bencana itu.

-BERNAMA


Pengarang :